Inilah Lima Perpustakaan Islam yang jarang kita dengar

NASIONAL NEWS TOP PENDIDIKAN RAGAM

Fajarberita.com-Perpustakaan Baytul Hikmah di Baghdad yang tidak lagi perlu diperkenalkan dengan kehebatannya suatu masa dahulu, perpustakaan ini sudah seringkali kita dengar.

Padahal dunia Islam itu kaya akan perpustakaan,namun jarang sekali didengar,perpustakaan lain yang tidak ketinggalan juga merupakan perpustakaan hebat di dunia islam ini. Adakah kita kenal mereka?

Pertama,Perpustakaan Qarawiyyin,
Perpustakaan ini merupakan salah satu perpustakaan tertua di dunia. Diasaskan pada tahun 859 di Fez, Morocco. Perpustakaan ini merupakan perpustakaan tertua di Afrika dan perpustakaan ini di iktiraf perpustakaan tertua yang masih berfungsi dari awal pembinaan hingga kini.

Antara manuskrip yang agak nadir di perpustakaan ini adalah seperti manuskrip Muqaddimah Ibn Khaldun yang ditulis pada abad ke 14, Quran kaligrafi kufi abad ke-9 dan manuskrip penulisan Ibn Rushd. Perpustakaan ini memainkan peranan penting dalam perpindahan ilmu dari dunia islam ke Eropah ketika dunia Eropah masih di zaman kegelapan.

Yang kedua, perpustakaan Mustanisrriyya,
Perpustakaan ini merupakan perpustakaan yang terselamatkan dari serangan Mongol pada 1258 yang menghancurkan Baghdad ketika itu,dibina pada tahun 1227 berdekatan dengan sungai Tigris. Disini terdapat kira-kira 80,000 manuskrip yang disimpan dan pada tahun 1393 perpustakaan ini digabungkan bersama Madrassah Nizamiyah.

Yang ketiga, Perpustakaan Library Topkapi, Istanbul
Perpustakaan ini terletak di dalam istana Topkapi di Istanbul dan mengumpulkan warisan manuskrip yang luas, hasil dari wilayah di bawah Uthmaniyyah suatu ketika dahulu. Terdapat kira-kira 14,000 manuskrip dan berbagai kesenian yang tersimpan didalam istana topkapi ini.

Penulisan dan album dari dunia arab, seljuk, mamluk, mongol, timurid, uzbek, turkmen, safavid kesemuanya dikumpulkan didalam istana ini dan boleh dijumpai hingga hari ini.

Sedangkan yang keempat, Perpustakaan Library Cordoba,
Andalus,Perpustakaan ini pernah menjadi pusat kepada kecemerlangan keilmuan dunia islam suatu masa dahulu, yang mana pernah disebut sebagai sebab kebangkitan dunia Eropah dari sudut keilmuan.

Kira-kira terdapat 380 masjid, 800 madrasah, 70 perpustakaan awam dan banyak lagi perpustakaan peribadi yang berada didalam bandar Cordoba di Andalus itu. Masjid Cordoba merupakan university terbesar di Eropah ketika zaman islam dan mempunyai hampir 4000 pelajar dalam satu masa.

Rheinhart Dozy berpendapat bahawa hampir setiap orang boleh membaca dan menulis dan dibandingkan dengan Eropah ketika itu yang mana hanya Priest dan aristorkrat saja yang boleh menulis dan membaca.

Di sini juga terletak hasil terjemahan,dari penulisan-penulisan seperti Plato dan Aristotle kedalam bahasa arab. Malah penulisan Ibn Sina, Ibn Rushd juga disimpan di dalam perpustakaan ini suatu masa dahulu.

Untuk yang ke lima,Perpustakaan Mughal India
Perpustakaan ini, perpustakaan pertama didalam Mughal ditubuhkan oleh Raja Zaheer al-Din Babur pada 1526.Disini hampir 24,000 tajuk buku yan terdapat didalam perpustakaan ini.Disini juga terdapat perpustakaan khas untuk wanita.

Di dalam perpustakaan ini terdapat berbagai manuskrip berkaitan astronomi, astrology, matematik, tafsir, hadis, musik dan perubatan. Perpustakaan ini menjadi tempat perkumpulan para ilmuan, ulama’ dari berbagai negara seperti Samarkand, Khurasan, Herat yang dibawa masuk ketika zaman Zaheer Al-Din Babur.(penulis,pit/red)

 1,295 total views,  2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *